Assalamualaikum.
Haghi ni nak cerita pasai side income. Gaji RM3000 hidup kat bandaq agak-agak cukup ka dak? Tu nasib ghumah tak kena sewa. Kalau kena sewa lagi tak cukup lah kan.
Satu lagi, bisnes ni salah satu hobi saya. So memang tak boleh nak lari la. Dah nama pon hobi, suka lah maknanya kan. MLM saya pernah jugak join dulu tapi takat tu ja lah. Bab nak caghi oghang sughuh masuk bawah kita dengan laboq duet belambak tak dak oghang nak. Mungkin tu bukan rezeki saya lah kan.
Saya ni sebenaqnya dah lama join shaklee. Zaman beranak Qaiser. Time tu beli Set 3M tu set menyusu. Dapat free membership. Bonus pertama kalau tak salah RM55 dapat cek. Terkinja2 punya lah syoq dapat cek tu. Padahai RM55 ja pun. Hahaha. Lepaih tu saya cam tak berminat nak menjuai. Saya makan sendiri ja sampai habih pastu tak makan dah. Tak pikiaq yang diri ni kena banyak nutrien sebab nak menyusu sampai 2 tahun. Alhamdulillah memang Qaiser dapat menyusu sampai 2 tahun setengah. Rezeki dia.
Satu hari tu Mimi ni pm kat fb dia nak beli vco. Mimi & saya ada kisah disebalik kami. Hahahaha. Ok nak gelak bila teringat mimi penah kena maki ngan saya. Saya ni dulu ringan ja nak memaki orang. Itu dulu lah. Sekarang rilex cool. Tapi seb baek seken time Mimi approach tu dia tak kena maki. Hahaha. Dia cuba naseb ja ajak join shaklee. DANNNNNN saya join sekali lagi under Mimi pulak!
Percaya dak yang saya tinggaikan dua tahun tu, sekarang jadi side income utama? Dulu yang malaih sangat nak menjuai makan pon malaih semua la malaih *dasar pemalaih*
Kalau hampa nak join MLM, hampa memang patut pilih shaklee. Sebab apa? Nah! 7 Sebab pasaipa kena join shaklee
1) Shaklee adalah company MLM yang dah lama bertapak dan berkembang pesat di dunia. Dah lebih 50 tahun pun.
2) Shaklee punyai produk yang berkesan, selamat dan mesra alam. Shaklee ada berjuta testimoni mereka yang dah merasai keberkesanan produknya. Malah mereka yang buat bisnes Shaklee majoritinya yang sukakan kesan positif selepas mencuba produk Shaklee. Jatuh cinta pada kebaikan produk lalu mereka kongsikan kebaikan itu supaya lebih ramai orang dapat rasa.
3) Shaklee ada saintis tersendiri yang mengkaji sedalamnya tentang produk. Setiap produk ada kajian saintifik dan melalui ujian kualiti tersendiri. Shaklee laburkan berbillion dollar untuk R&D :)
4) Shaklee tak pernah gagal membayar bonus kepada pengedarnya selama bertapak di Malaysia sejak 1995. Malah Shaklee dah gunakan berbillion dollar setahun membayar bonus pada pengedarnya (mungkin lebih lagi sekarang sebab makin ramai mereka yang berjaya cipta pendapatan bersama Shaklee)
5) Sistem dan marketing plan yang jelas dan patuh syariah, terbukti berjaya membantu ramai orang memperoleh income bulanan 4-5-6 angka. Nak dapat 4 angka dalam Shaklee mudah dan senang caranya. Dalam Malaysia je tak tahu berapa ribu orang yang dah pun capai 4 figures income dalam Shaklee. Yang 5 angka, 6 angka pun ramaiii sangat tau.
6) Produk Shaklee sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana orang makin sedar kepentingan supplement untuk melengkapkan nutrisi harian, kerana dalam arus kemodenan sekarang, semua serba nak cepat, kita tak mampu nak makan makanan seimbang mengikut piramid makanan ikut portion yang dicadangkan. Selalunya makan nasi, lauk, sayur dan buah 2x sehari pun mujur. Apatah lagi nak makan sampai 5-6 hidangan seperti yang dicadangkan.
7) Support group dalam Shaklee sangat supportive dan membantu anda untuk kembangkan bisnes anda. Support group ini akan membimbing anda untuk berjaya dalam Shaklee menggunakan sistem yang ada.
Saya dah set goal nak pencen awai nak seyez bisnes ni.
Nak join?
0172586462
0172586462
With Love,
FQs Mummy
Usaha.Kaya.Berjaya

No comments:
Post a Comment