Tuesday, September 8, 2015

Gastrik Lah Pulakkk

Assalamulaikum.

Haghini kita cakap pasai gastrik pulak na. Semalam dah cakap pasai pedih ulu hati kan. Jom baca ni.

Apa yang anda perlu tahu mengenai penyakit gastrik @ gastritis ? 
Penyebab sakit perut yang biasa terjadi di kalangan orang dewasa adalah penyakit gastrik @ gastritis. Apakah gastritis? 
Bagaimana seseorang boleh mengidap sakit gastritis? 
Adakah penyakit ini berbahaya? 
Apakah langkah yang perlu di ambil bagi mengelakkan penyakit ini? 
Itu mungkin persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seseorang apabila dimaklumkan oleh doktor punca sakit perut yang dihadapi olehnya adalah gastik. 

Apakah gastritis? 
Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. 
Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis: 
(a) Sakit ulu hati 
(b) Rasa mual 
(c) Rasa perut kembung 
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah 

Adakah penyakit ini berbahaya? 
Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah. 

Apakah punca penyakit gastritis /penyakit gastrik Antara punca penyakit gastritis adalah: 
(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal 
(b) Tekanan/stress 
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang 
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii 
(e) Merokok Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. 

Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati. Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis. Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang. 

Apakah langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik @ gastritis 
1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu. 
2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan. 
3. Elakkan tekanan. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi saya bagi mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada. 
4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda.

Jika saya telah mengidap penyakit gastric apa yang perlu saya buat? 
1. Makan secara teratur 
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam 
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 
4. Mengawal stress dengan bijak 
5. Elakkan minuman berkarbonat 
6. Berhenti merokok Apakah penyakit ini boleh dirawat Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. 

Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini. Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. 

Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat. 

Sumber : Klinik Ibu Aiman



With Love, 
 FQs Mummy 
Usaha.Kaya.Berjaya

Monday, September 7, 2015

Masalah Pedih Ulu Hati

Assalamuaikum. Selamat Pagi!

Haghini awai sikit hapdet belog sementara tak berapa nak kalut sangat. Satgi dah mai kalut tak bleh dah nak pandang apa pon memang kena mengadap buat gheja ja lah.

Ok, sapa selalu sangat sakit ulu hati? Saya dulu sangat kerap la dok jadi lagu tu. Makan ja kadang2 memang tangkap teruih tang tu sakit menyucuk. Ish tak tau lah nak ceghita camna sakitnya tu.  Time baghu kawinlah kena gastrik teruk sampai masuk wad. Pastu doktor buat scan masuk camera dalam peghut tu, kata tak dak apa, tak nampak luka pon pada usus. Lepaih pada keluaq sepital tu sampai la ni lah tak penah lagi kena gastrik dah. Posa pon okay tak dak masalah. Time pregnant Qaiser pon boleh posa elok ja. Time pregnant Qa'id langsung tak boleh posa. Muntah lahak sampai 9bulan na time dia ni!

Ni ada sikit info pasai sakit ulu hati yang saya baca dari website KKM.

PEDIH ULU HATI DAN KETIDAKHADAMAN
 
Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.
 
Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:
·         Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut
·         Sendawa
·         Rasa loya dan tiada selera makan
·         Rasa kembung atau penuh di bahagian perut
 
Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.
 
PENYEBAB PEDIH ULU HATI :
 
 
Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus.  Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.
 
Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).
 
FAKTOR DAN RISIKO :
 
·         Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat.
·         Pengambilan alcohol dan kafein.
·         Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan.
·         Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan.
·         Diet rendah serat.
·         Mengalami tekanan dan kemurungan.
·         Berlebihan berat badan.
·         Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat).
·         Mengandung.
·         Merokok.
·         Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline)

PENJAGAAN KENDIRI :
              
Perubahan diet dan cara hidup boleh membantu mengurangkan dan menghalang simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman termasuklah:
 
·         Makan makanan yang kurang lemak dan kurang pedas, coklat, rasa pudina dan makanan-makanan lain yang diketahui boleh menyebabkan simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
·         Makan dalam kuantiti yang sedikit.
·         Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
·         Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein (contohnya kopi, teh atau cola). 
·         Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.
·         Jangan berbaring selepas makan.
·         Elakkan memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
·         Tinggikan sedikit bahagian kepala semasa berbaring sekiranya mengalami simptom.
·         Tidak melebihi berat badan ideal.
·         Jangan merokok.
·         Amalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan.

NOTA PENTING :
Jumpa doktor dengan segera sekiranya:
 
·         Kali pertama mengalami simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman terutamanya apabila umur telah melebihi 40 tahun.
·         Mengalami simptom-simptom berkaitan beberapa kali dalam masa seminggu.
·         Tidak dapat tidur pada waktu malam disebabkan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati.
·         Pedih ulu hati dan ketidakhadaman semakin teruk dan tidak berkurang walaupun dengan rawatan.
·         Mengalami kesakitan semasa hendak menelan.
·         Najis berwarna hitam ataupun berdarah.
·         Mengalami muntah.
·         Penurunan berat badan.
·         Simptom bertambah buruk selepas senaman.
·         Mengalami sesak nafas, berpeluh atau sakit di bahagian rahang, leher ataupun lengan.


With Love, 
 FQs Mummy 
Usaha.Kaya.Berjaya
Untuk pembelian produk boleh klik SINI

Friday, September 4, 2015

In Progress

Assalamualaikum.

Tajuk In Progress. Apa yang In Progress tu?
Haaa saja nak habaq yang saya tengah dok buat website e-commerce la ni. Saja nak mudahkan kastemer yang nak beli dengan saya tu. Klik klik klik klik siap dah order barang. Memang mudah semua orang lah! Saya pun mudah, kastemer pon mudah!

Boleh klik logo bawah tu teruih p kedai saya. 

Tapi tak banyak lagi upload produk. Dok kalut. Hehe

With Love,
 FQs Mummy 
Usaha.Kaya.Berjaya

Tuesday, September 1, 2015

Big WHY

Assalamualaikum.

Kalau sapa yang peghenah jatoh, mesti bangkit balik bila ada BIG WHY. 

Apa makna BIG WHY?
BIG WHY tu adalah sebab asbab pasaipa kita nak kena buat sesuatu benda. Contohnya pasaipa hang masuk universiti? Sebab nak ubah kehidupan keluarga? Contoh..ada ja masuk universiti sebab mak bapak sughuh bukan dighi sendighi mau kan.

Macam saya, BIG WHY adalah mereka di bawah :)
hidup mati saya, jatuh bangun saya semua sebab depa dengan adanya depa.

Banyak kali dah jatoh tersungkoq bagai tapi bila pandang muka anak2 time depa lena, muka Mr Rafael time dia lena, saya bangkit balik. Tanam balik cita-cita nak berjaya!

Target saya nak bersagha awai, nak luangkan masa banyak banyak dengan anak-anak.  Dalam kes ni paling kesian Qaiser, 3 tahun umoq dia membesaq dalam keadaan saya yang sangat sebok. Dengan bisnes, dengan gheja, dengan kelaih.

In shaa Allah sayang. Mama beghenti untuk hampa semua!

With Love,
FQs Mummy
Usaha. Kaya. Berjaya

Dapatkan Promosi ESP
Beli 6 Percuma 1
Beli 2, 15% Diskaun
Beli 1 dengan harga menarik?
Whatsapp saya 017.258.6462